
kesian zahran, asyik dapat sakit jer..biasala budak lasak kan
kisahnya, ari selasa lepas, dia excited nak pegi tgk funfair kat banting ni..so keluar rumah terus berlari nak masuk kereta, malang tak berbau, terjatuh pulak, tp biasalahkan budak ni,jatuh-jatuh...pas jatuh tu, ada ngadu sakit, luka kat lutut...pastu ok jer
lepas kejadian tu, tak ada lah pulak dia mengadu sakit-sakit kaki,
alih-alih hari jumaat petang, time turun kereta ,nampak dia jalan senget-senget...heran jugak..
tapi lepas tu ok jer dia tawaf rumah....malam tu tido macm biasa jer
pagi sabtu tu, bangun tido, nampak kaki dia menggigil bila nak berdiri, bila check, rupanya dia tak boleh luruskan kaki..cuak la kami suami isteri
terus abah bawak dia pegi clinic, doc kata tak bengkak, so assume terseliuh...bagi ubat panas utk sapu...pastu g umah nenek, dah boleh jalan dan lari, Alhamdulillah
tapi besoknya bila bangun tido masih tak boleh luruskan kaki, pegi clinic sekali lagi, doc bandage jer, katanya tak ada apa2, dalam 2 3 hari oklah tu...
tapi kami tak sedap hati, nak pegi x-ray..so td mak nyah ngan atok bawak g x-ray (ibu keja, abah kat jepun), rupanya ada tulang retak, antara lutut dan kaki tu...so doc suruh simen la....
balik sekolah, ibu ngan maknyah bawak zahran sekali lagi gi simen, sib baik dia redha dan diam jer, pakai simen yg fiber, pasang 1 minit dah siap, mcm pakai bandage jer..tapi kena tuggu kering 5 minit...cepat betul..sib baik simen cam ni, tak la berat kan..
so pasni zahran tak bole jalan selama 2 minggu. lama jugak tu nak tunggu bukak, jd baby balik la zahran ni...dah la abah takde 1 minggu ni...sib baik ada atok, nenek n nenek yah tlg ibu jagakan zahran
semoga zahran cepat baik seperti biasa...aminnn