Tuesday 29 December 2009

Rasa nak makan nyum nyum....

Semalam kan first meeting, so berkobar-kobar nak mulakan keja sesi baru
pagi ni, pas kemas sikit2, aku keluar kejap.

balik je rumah, terus ngadap komputer, plan utk keja thn depan,
biasa la....wat keja sat jer, yg lamanyer nengok gambar anak2

tgk muka depa tu, rasa nak gigit2 jer....
siap keja nanti, nak g amik depa la...RINDU nak gomol...

dina, 8 bulan


















zahran, ketika 10 bulan....sama tak?


Selamat Tahun Baru 2010

sebenarnya masih dalam mood cuti ....
semalam dah attend 1st meeting, dah dapat tugasan tahun depan
harapan aku semoga tahun depan aku

1. lebih gigih bekerja
2. lebih smart bekerja
3. no last minute work..
4. buat kerja bersistematik, semua mesti buat dokumentasi
5. kurangkan goyang kaki, huhuhuhu

hopefully, thn depan takde kelam kelibut lagi....

akhir kata,

SELAMAT TAHUN BARU..2010... semoga lebih baik dari tahun2 sudah..AMIN

Tuesday 27 October 2009

salam 'hai' dari dina

setelah usia dina hampir 7 bulan, baru aku nak masukkan dalam blog..hahaha...
bukan apa, sgt tidak sempat nak bukak laptop kat rumah, apatah lagi nak upload blog
kalau on jer, zahran pon sibuk nak ngadap sekali..kalu ngadap je tak apa, ni sibuk sekali nak tekan keyboard, habis tercabut2 keypad laptop ni, nak kena menjawab nanti (maklum la harta kerajaan, bkn laptop sendiri...haru nanti)


kena pakai topi, cover kepala yang kurang rambut...baru nampak girl2 gitu


lor...pejam mata pulak


cakkkkk........


curik gambar abg zahran dari blog antie pulie yang kepenatan berhari raya ari tu.....

Thursday 30 July 2009

dina demam

Dina masih demam….risau betul aku…
Dina demam sejak ahad petang…
Hari isnin aku ambik cuti jaga dia…..nak tengok keadaan dia, sebab dia belum pernah demam kan….so far ok lah…badan pon tak panas sangat la…

Tapi malam tu, badan dia panas lagi…nak tidur kena ‘bergayut ‘ jer….
Kalau lepas, sure dia bangun mencari-cari ni***e….sampai sakit pinggang aku sebab nyusu sambil baring sepanjang malam…tapi nilah dugaan seorang ibukan…

Esoknya, aku pegi sekolah macam biasa, sebab aku ingat bila siang hilanglah demam dia, macam hari isnin tu kan…sekali aku balik sekolah tu, badan dia panas…risau jugak aku kan…baby kecik ni kalau demam panas kan bole jadi macam-macam…nauzubillah

Petang tu, aku dgn suami pergi klinik..doc kata suhu dia 38.5…huhhhh..tinggi tu, doc terus bagi ubat ikut bont*t….doc check, pastu bagi ubat demam je sebotol….pas kena ubat bont*t tu, kebah la demam dia…dah takde panas…malam pon tido macam biasa, bangun pun cuma nak nyusu jer

Besoknya(RABU), badan dia panas lagi,. Tapi sebelum aku gi sekolah tu, ok lagi. Balik sekolah, aku pantau dulu, sebab masa tu baru bagi ubat, dalam pukul 5 suhu dia tak turun-turun, terus ajak suami g klinik lagi ( klinik lain, yg dekat sikit dgn rumah)..doc amik suhu, 37.8…doc terus bagi antibiotic dan ubat selesema…walhal dina takde selesema pon….ubat demam dia tak kasi sebab semalam baru g klinik, ubat banyak lagi….

Balik klinik tak terus balik rumah, tapi bawak dina dan zahran pusing-pusing pantai Morib…duduk dalam kereta jer…dalam kereta tu dina tido jer, suhu badan pun beransur turun…agaknya bosan duduk dalam rumah kut, nak jalan-jalan….On the way tu, nampak monyet, zahran jerit-jerit suka, abah pun melayan la, berentikan kereta, dah si zahran buka tingkap jerit-jerit panggil monyet, apa lagi, berduyunnnnnnn tibaaaaaaa monyet-monyet tu..aku dah cuak takut monyet lompat masuk..abah terus drive dan zahran pon jerit-jerit marah tak puas main dengan monyet…

Nasib baik lepas tu nampak lembu….zahran terus sebut mmmbuuuuuu….eh, zahran pernah tengok lembu ke sebelum ni? Pelik jugak kan? Rupa-rupanya time raya korban thn lepas kan pernah tgk lembu...tapiiiiiii…..boleh ingat lagi yer, sebab time tu dia tak reti cakap lagi…

Malam tadi dina dah ok, tido pon lena, tak bangun-bangun….tidur pukul 10, bangun pukul 5.30…oklah tu…hopefully hari ni pun dia ok…Aminnnnnnnn

Happy Birthday to me.....

Happy birthday to me…happy birthday to me…happy birthday to ilaaaaa…
Happy birthday to meeeeee…..

Ahad lepas genap aku 29 thn, heeeeeeeeee…dah dekat 30an dah aku upernya….huuuuuuu

Plan asal, kami 4 beranak nak celebrate kat secret recipe, …alih2 si zahran demam la pulak…. Merengek je dia sepanjang hari, tak sedap badan la kan….ptgnya pulak si dina mula panas2 badan…sian la kalu baby 4bulan demam kan…

Kasi ubat bont*ot kat zahran, 15min pastu terus baik…terus dgn peel biasa, lasak tak hingat punya, macam tak demam pun….

Mlm tu, suami tercinta ubah plan, buat mkn2 jemput keluarga terdekat makan2 kat rumah….tak pi SR pun takpe, janji ada kek SR….bibik yg sebelum ni kononnya tak mkn kek, sbb manis katanya pon makannnnnn ( tau tu pun sebab tgk kek dlm fridge berkurang…heheheh…baru bibik tau, nikmatnya makan kek SR ni…sebelum ni jual mahal)

Esoknya aku amik CRK ( Cuti rehat khas), cuti khas utk para guru, 7hari setahun…..jaga dina kat rumah…sebab dia demam dan merengek2, nak kena pelukkkk jer, kalu letak nangis..biasala budak pompuan, manja sket…kalu abg dia dulu, macho jer kalu demam ponnnnn…..

Kesimpulannya, tahun ni celebrate birthday dgn jaga anak sakitttt…takpe, ibu tak kisah……..janji anak2 cepat baik, nanti bole guling2 dgn ibu, dgn abah…huuuuuu…seronokkkkkkk


*****dah lama bersarang kat draft, baru nak publish******

Wednesday 25 March 2009

Suspen Jerrrrr.......

Hehehehe....dah lama tak update...
akuni, setiap kali update blog, mesti berazam tetiap hari nak update...tapi sudahnya bersawang jer blog aku ni...so camner nak tambah pembaca blog ni....kikikikikikiki...

actually aku nak share perasaan aku je ni...rasa suspen jer menunggu hari ni....
hari ni kiranya aku dah 38++ weeks, lebih kurang ada 10 hari lagi nak sampai tarikh due aku 04.04.09.....sekarang ni aku rasa mcm dah tak nak tunggu tarikh cantik jugak la kan 0404, rasa mcm nak bersalin hari ni jugak...bukan apa, last checkup hari sabtu lepas, estimate berat baby dah 2.98kg....waaaaaa, aku, kalu boleh tak nak baby nanti berat sgt, takut tak larat nak push , takut jd mcm pengalaman dulu, tak larat nak push, akhirnya perlukan bantuan vacuuummm...
kalu boleh, kali ni aku boleh bersalin normal tanpa apa2 bantuan, insyaAllah.....

walaupun aku dah tak sabo nak bersalin, tp masih tak prepare lagi barang kelengkapan ke hospital...takpelah, dah ada pengalaman kan, lg pon bkn nak bawak apa pon, sumer spital sediakan, yg aku kena bawak cuma baju ibu n anak yg nak bawak balik jer...
kelengkapan pantang lain rasanya cam dah lengkap la, cuma ada la yg tak perlu sgt tu, tak payah la prepare

doakan aku selamat bersalin yer.....bila lah nak ada tanda ni...asyik duk suspen je ni...nak wat keja pon dah tak semangat...sedangkan ada lagi 1 2 keja tak siap lagi....tp keja yg tak penting sgt la...yang penting2 dah setel kut....

oklah...itu jelah luahan aku hari ni........

Tuesday 10 February 2009

Zahran Admitted

Sabtu 070209

Hari Sabtu lepas, seperti yg dirancang, kami bertiga ke Sri Kota, ada appointment dgn pediatric…memang berharap sangat lelah zahran tu biasa jer….


Nilah rupa zahran on the way ke hospital….dah pandai duduk belakang sorang2, tak nangis2 macam biasa, dah tau kan tak lama lagi nak jadi abang…..



Sampai sana, sementara tunggu turn, sempat lagi main kat play area tu kan….lari sana, lari sini, main slight, keluar masuk bilik masak2…memang tak larat ibu nak kejar dia..biarkan je dia main sendiri then ibu n abah pantau dari tepi….

tapi bila turn dia masuk bilik Dr David, belum apa2 lagi, nampak je doc, terus meraung2 sekuat hati.meronta2 mintak ibu n abah keluarkan dia dari bilik doc..then doc pon check la..tak payah guna stereoskop(tul ke ni?apa2 je lah) pun dah bole dengar nafas dia berbunyi…

kemudian, doc ada la cakap apa2 tah pasal lelah, ibu dah tak bole concentrate dah…sibuk cool kan zahran…meraung2, tak dengar butir percakapan doc…then doc suruh pegi xray dada dia..nak check samaada masalah dia sebab pneumonia ke asma….


Yang ni gambar zahran tengah tunggu filem xray siap..td ibu tak boleh masuk bilik x-ray sbb pompuan mengandung ditegah masuk…huhuhu….abah je temankan zahran, ibu cuma bole teman dengar suara zahran meronta2 tanak di x-ray….dah boleh bayangkan dah macam mana abah dan juru xray berperang dgn zahran kat dlm..

Pastu, jumpa lagi doc David….dia ada la bagi penerangan sikit…kalu ikut gambar x-ray…takde kahak dalam lungs,, takde jangkitan kuman, means takde pneumonia…LEGAAAAA….. nafas zahran berbunyi. sbbnya lelah la…ADUIIIII… siannya anak ibu sorang ni…kalu ikut sejarah ibu n abah, takde la pulak asma..tapi bila diselidik, rupanya atuk zahran penah kena asma kecik2 dulu…cucu atuk la nihs….

Pastu doc cakap, zahran kena admit coz lelah dia kira tahap teruk jugak la….alamak, ibu tanya lah jugak kalau2 boleh excuse….doc kata boleh, tapi kena selalu ulangalik nak kasi gas (nebulizer)..then discuss jap dgn abah, akhirnya sepakat ikut cadangan doc…..

Then, zahran sekali lagi kena kasi nebulizer..banyak pulak tu…siap 2 tiub lagi…fuhhhhhh..begitu lama sekali kami berperang dan tgk zahran mengamuk2….memang tak sampai hati tapi terpaksa demi kebaikan dia kan…pastu, setelkan urusan ward admission ...


Nilah keadaan zahran selepas balik ke bilik…kepenatan berperang tadi kan?baru je tido, nurse masuk mintak zahran ke treatment room, doc nak amik darah n pasang tiub kat tgn, tiub yg nak bagi air tu kan…ADUHHHHHH….kesiannya zahran, kecik2 dah kena masuk air ker? Sib baik nurse macam kesian tgk zahran baru tido, dia bagi masa lagi…..tapi dalam zahran tido tu, sempat lagi depa kasi nebulizer, kena kasi every 4 hours..tp rasanya macam baru je kasi, kena kasi lagi…sib baik zahran tido, so takla dia meronta2.

Pastu abah balik umah, amik barang2…..time abah balik tu la nurse masuk mintak zahran ke bilik rawatan…doc dah tunggu, nak tak nak kena kejutkan zahran, kalu tak byk la kena charge doc kan…..ADOIIIIII…dah la ibu sesorang, je kat ward, abah takde…ibu tak smpai ati betul la bab2 amik darah ni....zahran belum apa2, awal2 lagi dah nangis, tgk nurse jer dia terus nangis…ibu lagi la nak nangis….tp kena kuatkan diri jugak…

Then doc pun cucuk la…amik darah….apa tah lagi…ibu tak sampai ati nak tgk, zahran pulak meronta2, sgt tidak sampai ati..at last, ibu sendiri nangis, nurse siap tepuk2 belakang ibu, pujuk ibu..apolah ibu ni, tak leh cover la…sedih sgt2…..

Keadaan zahran pas balik dari bilik rawatan tu.kesian kan, kecik2 lagi tangan dah berbalut….sabar jelah zahran yer….yang kat sebelah kepala tu, oksigen, kena letak jauh sikit, sebab zahran memang tanak letak dekat telinga, tp semua budak pon mcm tu(nurse yg cakap)

Dah start masuk air, zahran pon redha jer…tapi sekali sekala dia macam cuba jugak bukak balutan kat tangan tu, tapi kemas sgt, so biar jelah kat situ…huhuhuhuhu


Keadaan zahran yang sgt tidak sampai ati nak tgk….ada corong oksigen,(yang baunya sangatlah tak best, kena pasang 24hours), ada tiub masukkan air, then kat kaki tu nak check pulse rate…hohohohohoho, sampai ati tak?


Ni gambar malam…..zahran nangis jer bosan takleh main/turun katil….nasib baik nurse tak sampai ati tgk dia, bagi can cabut wayar air sekejap…tapi zahran masih tak boleh jalan, sbb masih ada wayar kat kaki(utk baca pulse rate)….so soronglah dia pakai wheel chair…..then bawak zahran pusing2 wad lain, turun ground floor….layan dia main lif ( zahran teramatlah suka main lif, suka dengar bunyi lif, suka tgk nombor LED kat lif, sampaikan play room pun dia tak layan, kebetulan play room opposite lift)…..pas penat ronda2 dalam hospital, balik terus tido..time tido, nurse datang kasi nebulizer pon tak sedar…ibu lak mlm tu asyik terjaga jer, takut2 wayar terbukak ker (maklumlah zahran ni tido lasak)…tp malam tu tau pulak dia, takde nak meniarap, pusing sana sini….sopan je tido, selimut pun tak tebukak…..dia pun agaknya tak selesa dgn wayar2 berselirat kat badan tu
***************
Ahad 080209

Alhamdulillah…esoknya, pagi2 doc datang check zahran..katanya zahran dah ok…so boleh la cabut segala wayar2 seangkatannya ….HOREYYYYY…merdeka la zahran kejap..tp balutan kat tangan masih maintain kat situ…senang nak masukkan antibiotic, kata nurse….doc nak tgk perkembangan zahran satu hari lagi, kalu ok, esok discharge…Alhamdulillah…..cepat2 lah baik yer zahran, bole main kat umah pulak….



Budak merdeka…permainan pertama tak lain dan tak bukan, keluar bilik jer, terus berlari2 ke lif, jumpa nurse pon dilanggar jer….semua nurse ngusik zahran “oooo zahran, jaga dia..kalu kat bilik, kemain nangis, kat luar bilik, langgar2 nurse yer”…huhuhuhuhu..tp memang lucu pon zahran ni, nampak je nurse masuk bilik, terus nangis, sampaikan nurse nak amik report pon terpaksa bersembunyi di balik tirai, padahal nak amik report kekerapan tukar pampers, berak, minum susu…takut betul dia jumpa nurse….


Lepak kat baby cot, cuma tunggu nurse datang kasi ubat dan nebulizer, tapi hari ni tak takut sangat jumpa nurse, Cuma takut bila nurse pegang corong nebulizer jer….mengamuk2 la…sampaikan mlm tu tido pukul 1.30 am, sbb takut nurse dating time dia tido…aduhhh…penat betul abah layan dia, kalu turun kat ground floor, bole pulak dia tetido, wat naik bilik jer terus terbangun, ni kes FOBIA la ni…sian sangat….
*********
Isnin 090209

MERDEKA!!!!!!!!doc datang check dalam kul 9am…sah zahran bole discharge ari ni….ALHAMDULILLAH!!!!!Zahran dah rindu nak balik rumah ( nasib baik hari ni cuti Thaipusam…) so tak payah la ibu nak apply cuti….






Meronda2 hospital sementara tunggu bil ( lama betul bil nak siap, ramai yg bercuti agaknya ari ni)…..dalam pukul 12pm..kami pon gerak balik rumah…tp sebenarnya singgah jap kat Tesco Bukit Tinggi, tp Zahran berak dan bontotnya melecet, terus balik tak beli pape..lagi pon zahran dah kepenatan berperang dgn nurse….


Muka kepenatan…..balik rumah, tido sampai asar…HOYEAHHHHHHHHHH…..syok tido kat rumah sendiri……














Friday 6 February 2009

Zahran dan Lelah

Sedeyyyyyyy......
zahran batuk lagi...2 minggu lepas dia dah batuk...
kalu batuk saja ibu tak risau sangat, sbb biasanya lepas bagi ubat, hilang lah batuk dia....

ni kisah 2 minggu lepas....dia batuk dan selesema..
then kami bawak pegi klinik nak ambik ubat....
then doc kenalpasti nafas dia berbunyi n something wrong la
then doc bagi nebulizer(tul ke ni?)...yg bagi gas kasi salur nafas terbukak tu......
apa lagi...mengamuk sakan la zahan...meronta2....tak sampai hati betul tgk keadaan dia time tu...
tapi gagahkan jugak hati ibu ni...kalu tak, lambat la baik kan...
then doc bagi ubat......
pas dua hari, batuk dia ok..nafas pon dah ok...so stop la bagi ubat kan?

then, 2 hari lepas, batuk lagi.....siap nafas berbunyi lagi.....memang obvious sgt....
bawakla si kecik tu g clinic.....nak jumpa doc lagi...
sementara nak tunggu turn tu, punya la excited dia main kat luar bilik doc.....siap tegur2 semua
patient yg ada...gelak2 bising..memang menjadi perhatian betul...apa taknya, buat bising la, ketuk dinding la.....jln tekedek2 la....

masuk je bilik doc, nampak jer doctor, terus dia meraung....
eh belum apa2 dah meraung mintak ibu keluarkan dia dari bilik...kenal pulak dia kat do tu...
then doc check nafas dia...doc kata kena kasi gas lagi ni...
so bermula la adegan menangis dan meronta2 tahap gaban...sedeyyyy hati ibu......

pas kasi gas, nafas dia kembali normal.....doc ada cakap la, kalu dlm masa terdekat ni, nafas dia kembali abnormal, nak tak nak kena pakai inhaler sampai 5/6 tahun la....kesian tu.....doc pun tak dapat kesan lagi sakit dia, samaada alahan ketika batuk atau apa kan....sian zahran.....
dahla susah nak makan ubat, jadi camni la pulak...terpaksa la ibu tegarkan hati paksa dia makan ubat...biar nampak cam mendera, tp untuk kebaikan dia jugak kan....

so skrg decide nak jumpa pakar kat sri kota, abah dah biasa kat situ, ikutkan ibu taknak hospital tu, nak hospital lain....annur bangi ker, azzahra ker....tp ibu pun tatau sgt kebagusan hospital kat bangi tu...bagus ker?ke ada sape2 g tau pakar kanak2 bahagian lelah asma ni yg bes?nanti inform yer....

so esok(sabtu) dah buat appointment dgn sri kota klang......hopefully semuanya ok....aminnnnn...doa2 kan zahran takde pape yer......