Tuesday 10 February 2009

Zahran Admitted

Sabtu 070209

Hari Sabtu lepas, seperti yg dirancang, kami bertiga ke Sri Kota, ada appointment dgn pediatric…memang berharap sangat lelah zahran tu biasa jer….


Nilah rupa zahran on the way ke hospital….dah pandai duduk belakang sorang2, tak nangis2 macam biasa, dah tau kan tak lama lagi nak jadi abang…..



Sampai sana, sementara tunggu turn, sempat lagi main kat play area tu kan….lari sana, lari sini, main slight, keluar masuk bilik masak2…memang tak larat ibu nak kejar dia..biarkan je dia main sendiri then ibu n abah pantau dari tepi….

tapi bila turn dia masuk bilik Dr David, belum apa2 lagi, nampak je doc, terus meraung2 sekuat hati.meronta2 mintak ibu n abah keluarkan dia dari bilik doc..then doc pon check la..tak payah guna stereoskop(tul ke ni?apa2 je lah) pun dah bole dengar nafas dia berbunyi…

kemudian, doc ada la cakap apa2 tah pasal lelah, ibu dah tak bole concentrate dah…sibuk cool kan zahran…meraung2, tak dengar butir percakapan doc…then doc suruh pegi xray dada dia..nak check samaada masalah dia sebab pneumonia ke asma….


Yang ni gambar zahran tengah tunggu filem xray siap..td ibu tak boleh masuk bilik x-ray sbb pompuan mengandung ditegah masuk…huhuhu….abah je temankan zahran, ibu cuma bole teman dengar suara zahran meronta2 tanak di x-ray….dah boleh bayangkan dah macam mana abah dan juru xray berperang dgn zahran kat dlm..

Pastu, jumpa lagi doc David….dia ada la bagi penerangan sikit…kalu ikut gambar x-ray…takde kahak dalam lungs,, takde jangkitan kuman, means takde pneumonia…LEGAAAAA….. nafas zahran berbunyi. sbbnya lelah la…ADUIIIII… siannya anak ibu sorang ni…kalu ikut sejarah ibu n abah, takde la pulak asma..tapi bila diselidik, rupanya atuk zahran penah kena asma kecik2 dulu…cucu atuk la nihs….

Pastu doc cakap, zahran kena admit coz lelah dia kira tahap teruk jugak la….alamak, ibu tanya lah jugak kalau2 boleh excuse….doc kata boleh, tapi kena selalu ulangalik nak kasi gas (nebulizer)..then discuss jap dgn abah, akhirnya sepakat ikut cadangan doc…..

Then, zahran sekali lagi kena kasi nebulizer..banyak pulak tu…siap 2 tiub lagi…fuhhhhhh..begitu lama sekali kami berperang dan tgk zahran mengamuk2….memang tak sampai hati tapi terpaksa demi kebaikan dia kan…pastu, setelkan urusan ward admission ...


Nilah keadaan zahran selepas balik ke bilik…kepenatan berperang tadi kan?baru je tido, nurse masuk mintak zahran ke treatment room, doc nak amik darah n pasang tiub kat tgn, tiub yg nak bagi air tu kan…ADUHHHHHH….kesiannya zahran, kecik2 dah kena masuk air ker? Sib baik nurse macam kesian tgk zahran baru tido, dia bagi masa lagi…..tapi dalam zahran tido tu, sempat lagi depa kasi nebulizer, kena kasi every 4 hours..tp rasanya macam baru je kasi, kena kasi lagi…sib baik zahran tido, so takla dia meronta2.

Pastu abah balik umah, amik barang2…..time abah balik tu la nurse masuk mintak zahran ke bilik rawatan…doc dah tunggu, nak tak nak kena kejutkan zahran, kalu tak byk la kena charge doc kan…..ADOIIIIII…dah la ibu sesorang, je kat ward, abah takde…ibu tak smpai ati betul la bab2 amik darah ni....zahran belum apa2, awal2 lagi dah nangis, tgk nurse jer dia terus nangis…ibu lagi la nak nangis….tp kena kuatkan diri jugak…

Then doc pun cucuk la…amik darah….apa tah lagi…ibu tak sampai ati nak tgk, zahran pulak meronta2, sgt tidak sampai ati..at last, ibu sendiri nangis, nurse siap tepuk2 belakang ibu, pujuk ibu..apolah ibu ni, tak leh cover la…sedih sgt2…..

Keadaan zahran pas balik dari bilik rawatan tu.kesian kan, kecik2 lagi tangan dah berbalut….sabar jelah zahran yer….yang kat sebelah kepala tu, oksigen, kena letak jauh sikit, sebab zahran memang tanak letak dekat telinga, tp semua budak pon mcm tu(nurse yg cakap)

Dah start masuk air, zahran pon redha jer…tapi sekali sekala dia macam cuba jugak bukak balutan kat tangan tu, tapi kemas sgt, so biar jelah kat situ…huhuhuhuhu


Keadaan zahran yang sgt tidak sampai ati nak tgk….ada corong oksigen,(yang baunya sangatlah tak best, kena pasang 24hours), ada tiub masukkan air, then kat kaki tu nak check pulse rate…hohohohohoho, sampai ati tak?


Ni gambar malam…..zahran nangis jer bosan takleh main/turun katil….nasib baik nurse tak sampai ati tgk dia, bagi can cabut wayar air sekejap…tapi zahran masih tak boleh jalan, sbb masih ada wayar kat kaki(utk baca pulse rate)….so soronglah dia pakai wheel chair…..then bawak zahran pusing2 wad lain, turun ground floor….layan dia main lif ( zahran teramatlah suka main lif, suka dengar bunyi lif, suka tgk nombor LED kat lif, sampaikan play room pun dia tak layan, kebetulan play room opposite lift)…..pas penat ronda2 dalam hospital, balik terus tido..time tido, nurse datang kasi nebulizer pon tak sedar…ibu lak mlm tu asyik terjaga jer, takut2 wayar terbukak ker (maklumlah zahran ni tido lasak)…tp malam tu tau pulak dia, takde nak meniarap, pusing sana sini….sopan je tido, selimut pun tak tebukak…..dia pun agaknya tak selesa dgn wayar2 berselirat kat badan tu
***************
Ahad 080209

Alhamdulillah…esoknya, pagi2 doc datang check zahran..katanya zahran dah ok…so boleh la cabut segala wayar2 seangkatannya ….HOREYYYYY…merdeka la zahran kejap..tp balutan kat tangan masih maintain kat situ…senang nak masukkan antibiotic, kata nurse….doc nak tgk perkembangan zahran satu hari lagi, kalu ok, esok discharge…Alhamdulillah…..cepat2 lah baik yer zahran, bole main kat umah pulak….



Budak merdeka…permainan pertama tak lain dan tak bukan, keluar bilik jer, terus berlari2 ke lif, jumpa nurse pon dilanggar jer….semua nurse ngusik zahran “oooo zahran, jaga dia..kalu kat bilik, kemain nangis, kat luar bilik, langgar2 nurse yer”…huhuhuhuhu..tp memang lucu pon zahran ni, nampak je nurse masuk bilik, terus nangis, sampaikan nurse nak amik report pon terpaksa bersembunyi di balik tirai, padahal nak amik report kekerapan tukar pampers, berak, minum susu…takut betul dia jumpa nurse….


Lepak kat baby cot, cuma tunggu nurse datang kasi ubat dan nebulizer, tapi hari ni tak takut sangat jumpa nurse, Cuma takut bila nurse pegang corong nebulizer jer….mengamuk2 la…sampaikan mlm tu tido pukul 1.30 am, sbb takut nurse dating time dia tido…aduhhh…penat betul abah layan dia, kalu turun kat ground floor, bole pulak dia tetido, wat naik bilik jer terus terbangun, ni kes FOBIA la ni…sian sangat….
*********
Isnin 090209

MERDEKA!!!!!!!!doc datang check dalam kul 9am…sah zahran bole discharge ari ni….ALHAMDULILLAH!!!!!Zahran dah rindu nak balik rumah ( nasib baik hari ni cuti Thaipusam…) so tak payah la ibu nak apply cuti….






Meronda2 hospital sementara tunggu bil ( lama betul bil nak siap, ramai yg bercuti agaknya ari ni)…..dalam pukul 12pm..kami pon gerak balik rumah…tp sebenarnya singgah jap kat Tesco Bukit Tinggi, tp Zahran berak dan bontotnya melecet, terus balik tak beli pape..lagi pon zahran dah kepenatan berperang dgn nurse….


Muka kepenatan…..balik rumah, tido sampai asar…HOYEAHHHHHHHHHH…..syok tido kat rumah sendiri……














3 comments:

ANAKIRANA said...

ilaaaa..cian sgt2..nak2 time amik darah ngn masuk drip tu..
aku yg tua ni pon sakit masuk drip tu huhuhu..cmner la budak kan..
aku pon takut bab2 gini ..aritu masa aisyua kena amik darah pon aku tak masuk..tak sampai hati tgk dia nanges..

aku leh bygkan cmner muka hang masa kat bilik doc tu..

sib baik 2 hari ja..

sat nk celah sket..asko namapk makin 'sehat' hihi maklumla anak nk masuk dua dah

Anonymous said...

oh, kena admitted ye?
kesiannya zahran.. jadi lepas ni kena jaga betul2 lah ye, dah tau zahran ada lelah... tak pe kak, biasanya orang kata kalau dari kecik kena lelah, dah besar boleh hilang lelah tu...

err, bukan akak ke yang bagitau saya ni? :P

Whitelily said...

alamak kite baru tau la ila zahran masuk ward aritu..huhuk maap la ye..mmg jarang gile masuk blog ila..kadang2 masuk tasempat leave comment..u mcm tak kenal i skang..dah dedikasi terhadap kerja muahahaha..so how's zahran now? harap2 ok dah..taleh tido dlm kipas la kot zahran ni..aircond bole ke? ke taleh gak ek..tp mane gamba baby girl zahran..i tunggu niiiiiii..nama apeeeee???